F.A.Q (Frequently Asking Question)

1. Kenapa ikan saya mati bila saya letak dalam air. 

Biasanya ikan mati kerana air yang terlampau sejuk suhu jatuh atau penggunaan air yang berkorin , oksigen yang kurang atau pencemaran seperti ammonia.

Sekiranya menggunakan air yang berklorin, air mestilah dinyah klorin dahulu dengan mengunakan anti klorin seperti aquadine antiklorin. 

Selepas memasukkan antiklorin mengikut sukatan biarkan dalam 2 atau 3 jam sebelum masukkan ikan. 

Ikan yang baru dibeli hendaklah direndam dahulu didalam air bekas ikan tersebut. tujuannya adalah supaya air didalam plastik ikan dan bekas ikan menjadi seragam dan ini untuk mengelakkan ikan dari terus masuk ke dalam air baru secara mengejut. 

Jika masukkan ikan secara mengejut boleh menyebabkan ikan menjadi stress dan boleh menyebabkan kematian.

Bekas ikan yang digunakan untuk membela ikan haruslah di cuci dengan sebersihnya. Kemudian barulah masukkan air. 

Tips tukar air

Terdapat ikan yang boleh ditukar airnya secara 100% air baru seperti ikan betta. Tetapi kebanyakan ikan tidak sesuai untuk dibuang semua air dan diganti yang baru. Sebaiknya sedut sahaja kotoran dalam bekas ikan tersebut. Gosokkan cermin atau bekas dengan span atau apa2 shj. Kemudian sedut keluar kotoran itu. 

Biarkan 30%-50% air lama dalam bekas tersebut. Kemudian tambah air baru ke dalamnya. Pastikan air baru tersebut sudah dinyah klorin.


Tips memberi makan

Pemberian makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan terjadinya ammonia. Ammonia boleh menyebabkan keracunan dan sekaligus mematikan ikan anda. 

Pemberian yang seeloknya adalah secara sedikit. Pastikan makanan yang diberi adalah secukupnya dan tidak melebihi keperluan ikan. Perhatikan sekiranya makanan yang diberi sudah melampaui hadnya akan ada makanan lebih tersebut didasar bekas yang tidak dimakan ikan. Seeloknya sedut atau buang makanan lebihan tersebut. 

Atau anda juga boleh menggunakan agen pemakan makanan lebihan seperti siput, ikan bandaraya, shrimp (udang halus). Dengan cara ini lebihan makanan dapat dikurangkan. 


Tips bagi ikan selesa

Penggunaan aerator adalah pilihan. Sekiranya anda tidak memelihara ikan yang memerlukan oksigen yang tinggi seperti ikan emas, ikan kap, lampam penggunaan aerator adalah tidak wajib.

Tetapi penggunaan aerator boleh menyebabkan arus air dan air didalam bekas 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Post a Comment

Thank you for your comment. We will reply it asap.

نموذج الاتصال