Moina thai adalah sejenis kutu air yang boleh dibiakkan. Terdapat berbagai jenis kutu air antaranya moina sp, moina thai dan daphnia magna (yang popular).
Kutu air boleh dibiakkan dengan cara menggunakan chorella, atau memberinya makan makanan formula.
Moina thai adalah berbeza dari kutu air lain adalah dari segi saiznya. Moina thai adalah sedikit besar berbanding moina sp dan jauh lebih kecil daripada kutu air daphnia magna.
Kebiasaannya peminat ikan hiasan suka menggunakan kutu air untuk diberi makan kepada ikan mereka adalah kerana dapat mengurangkan pencemaran air, makanan yang lebih berprotein dan segar. Pemantauan juga dapat dikurangkan kerana dengan memberi makanan kutu air ikan dapat memakannya sepanjang hari selagi kutu ada.